Tuesday 29 October 2013

Makan-makan

Di mana tempat makan yang paling best di KK? Semasa mentua ke KK tempoh hari, berfikir juga ke mana mau bawa diaorang makan-makan ni di KK? Kami pun jarang juga makan-makan di luar ni. Sekali-sekala keluar makan, buntu fikiran mau makan di mana. Cuba teka di mana ni?


Kami bawa ja ke Sembulan, di Grace Point, yang paling dekat.






Salah satu sebab kenapa kami bawa makan di sini adalah kerana:
1. Tempat bersih
2. parking kereta senang, free dan luas
3. Tempat makan tidak terlalu crowded orang
4. Harga pun boleh tahan
5. Banyak pilihan makanan, mahu claypot ka, indian ka, ala kampung ka... macam-macam lah
One word to say about this place: Selesa. 



Kami tiada dapat komisyen untuk promote tempat ni ya. hehe Ok lah... jom santai.

Monday 28 October 2013

Nombor bertuah

Hari ni pegi ambil ubat. Nombor bertuah untuk hari ini adalah:


cuba teka kenapa nombor tu nombor bertuah? Ha... 20.02.2002 cantik tak? hehe Sudah tentu lah cantik sebab nombor tarikh lahir kan... haaaaa

Majlis Perkahwinan sepupuku

Majlis perkahwinan sepupuku telah berlangsung dengan meriah dan jayanya pada 27 Oktober 2013 bersamaan dengan 22 Zulhijjah 1434H di Pasir Putih, Petagas. Kami terlambat sikit sebab saya menunggu suami mengecas mata dulu, sebab dia bekerja syif malam. Tidak lama selepas kami sampai, rombongan pengantin lelaki pun sampai juga ke rumah pengantin perempuan, dengan berpayung hijau.  

Barisan penyambut tetamu lelaki, yang terdiri daripada Pakcik Madun, Aceh Man (bapa pengantin), Hassan (adik pengantin) dan Azan (sepupuku juga)

Ni barisan penyambut serta pelayan tetamu perempuan dan terdiri daripada Mak cik Nani (adik mama), Mamaku dan makcik Lai. Orang-orang kuat ni... hehe
Sesampai sahaja pengantin lelaki, acara makan tengahari atau yang lebih glamor sikit di panggil makan beradap dimulakan. Seperti juga acara pernikahan, semasa acara ni, tiada majlis bersanding. Yang ada cuma acara bergambar dengan pengantin di pelamin. 
Sweet kan pelamin 
Ni acara makan pengantin

Apa-apa pun sebelum makan serta acara, baca doa dulu.
Semasa acara makan .... atau boleh dikatakan disepanjang acara perkahwinan tersebut lagu-lagu Maher Zain sentiasa berkumandang menghiburkan tetamu jemputan.

Ni sepupu-sepupuku yang manis yang telah hadir (yg 2 org tu masih available hehe)

happy nampak pengantin ni kan. 

 
Selepas makan, sempat juga pengantin beramah mesra dengan tetamu
Sebelum balik, jangan lupa ole-ole nya ya... Cupcake velvet with icing. Sayangnya, icingnya cepat cair dek kerana panas matahari. Apapun, kek velvet tu memang sedap, cuma, manis sikit, macam pengantinnya juga. Manis.







Saturday 26 October 2013

Majlis pernikahan sepupuku

Alhamdulillah, seorang lagi sepupuku dah selamat dijab kabulkan kemarin oleh ayahnya sendiri. Iaitu Pak cik ku, Aceh Man. Kami dimaklumkan bahawa suaminya orang Petaling Jaya. Di mana kerja dan di mana tinggal, belum lagi sempat kami tanya. Tahniah Seri, sudah bergelar isteri. Nampak masih macam budak-budak kan. Ayahnya menitiskan air mata semasa mengakad nikahkan anaknya. Begitu tragis sekali. :-)


Bagi saya mereka sangat comel, terutama Seri, sepupuku.... hehe Begitu serasi bersama. Inilah perkahwinan gen Y. Nampak kesempoian nya.


Selepas akad nikah, acara makan. Tiada sanding-sanding atau merenjis-renjis. Bagus juga ba kan. Merenjis tu sebenarnya bukan adat Islam. 

Pengantin bergambar dengan anak-anak buahku Meera, Sarah dan Tisya




Makanan yang dihidangkan, boleh tahan. Semua katering. Tetapi yang paling sedap ialah air cendol. First time minum air cendol semasa majlis pernikahan. Air cendolnya pun sedap. 

Sebelum balik kami diberi buah tangan. Kek dan bunga telur. 


Thursday 24 October 2013

Makanan yang jarang-jarang di makan

Apa makanan yang jarang-jarang atau pelik sikit di makan? Semasa Raya Haji baru-baru ni saya ada termakan karipap mihun. Mahu cakap pelik, mungkin ada yang biasa suda kan. Tapi, memang makanan ni saya ndak pernah rasa. Ia memang rasa karipap lah, tetapi intinya mihun.  First time rasa karipap mihun. Adakah kerana kehabisan inti sudah, maka mihun pun boleh jadi inti karipap juga.... Apa-apa ja lah kan. Yang penting boleh di makan.


Makanan kegemaran

Apakah makanan kegemaran kamu? Biasanya makanan kegemaran saya ialah makanan yang di masak oleh ibu saya. Masakan ibu lah makanan yang paling sedap.... hehe Saya suka makan soto (yang mama masak k), begedil, sambal tempe, sambal kerepek ubi.... hmmm apa lagi ya, oh ya, belacan. Kalau makan nasi, mesti mau cari belacan.... baru lah kenyang dan puas kalau makan. Kerabu mangga, kerabu pucuk paku dan pecal juga sedap. dan... banyak lah lagi, ada yang ndak ingat pulak.



Makanan kegemaran suami saya ialah ikan yu masak sagol. Hujung minggu yang baru lepas, kami ke tamu Kota Marudu untuk mencari ikan yu. Yang ada cuma 4 atau 5 ekor sahaja tetapi besar-besar botol air mineral yang kecil tu.... Kami beli ja lah sebab memang tiada lagi, itu ja lah yang ada. Supaya tidak kempunan, orang cakap, kami pun beli lah.


 Semasa di tamu tu, kami ada beli kepala ikan manyung juga. Balik rumah, belah dua, dan masak ampap pedas-pedas sikit. Itulah makanan kegemaran suami ku juga. Nak tahu ikan manyung, di bawah ni ada gambar ikan manyung. 


Minuman pulak, saya suka kicai ping dan suami suka bandung laici. Tapi air putih lah yang paling sedap kan.... hahaha dan berkhasiat. 

Ok lah teda apa yang mau diupdate di blog ni.... itu ja lah

Thursday 17 October 2013

Kereta ku

Alhamdulillah. Pada 16 Oktober 2013 bersamaan dengan 11 Zulhijjah 1434 Masihi, kereta ketiga ku telah dikeluarkan dan pada jam 4 petang aku bersama suamiku mengambil kereta berkenaan di Fook Loi Kepayan. Yang banyak membantu dalam proses pembelian kereta ini adalah ejen atau pekerja di Fook Loi tersebut iaitu Ms. Erin. Thank you Erin for your hard work dan telah berpenat lelah membantu dalam merealisasikan impian kami. hehe Semasa mengambil kereta berkenaan, sungguh detail Erin terangkan mengenai kereta tersebut. Selepas tu, masa first time mau kasih jalan atau bawa kereta tu, macam first time driving pulak. First time bawa kereta besar.... yg sendiri punya... :-) Takut pun ada oooo Bukan takut apa, takut melanggar orang sebab kereta besar sangat... hahaha


Destinasi pertama semasa membawa kereta ni ialah ke stesen minyak. Terpaksa mau set balik2 di fikiran, isi minyak diesel. Selama ni sudah biasa isi Ron95 dan Ron97 kan. Silap2 isi, nanti ndak jalan kereta haha. Kereta pertama aku beli ialah pada tahun 1997, kereta proton Wira. Masa orang gawat ekonomi, masa tu lah aku beli kereta pertama aku. Selepas lebih kurang 10 tahun gunakan kereta tu, aku pun jual, kerana maintenance tinggi sangat. Kereta kedua ku dan aku gunakan sehingga sekarang ialah kereta Gen2. Banyak jasanya kereta aku ni. Berulang alik ke Kudat dan KK sudah banyak kali. Ke Paitan sudah 2 kali. Sehingga bocor minyak hitam dek terhentak semasa dalam perjalanan tersebut. Itu lah juga punca kenapa kami beli kereta baru ni. Lebih tinggi dan besar. Mudah-mudahan akan lebih banyak jasanya kepada aku dan keluarga ku kelak. 

Destinasi seterusnya ialah ke kampung Contoh. hehehe Mau tunjuk sama mama dan bapa lah kereta baru kami ni.... Berkat doa kedua ibu bapa ku, dapat juga kami beli kereta tersebut. Teringat, semasa membeli kereta pertama, mama lah yang kasi deposit untuk beli kereta tersebut. Mama juga yang tolong bayarkan insuran kereta pada tahun pertama untuk kereta pertama ku. Dari mana duit mama tu? dari bapa lah, sebab mama pun surirumah sahaja. Ha, begitulah kan pengorbanan ibu bapa. Semasa di Kg. Contoh, sempat lagi penumpang pertama yang menaiki kereta ni ialah anak buah ku, Dina. 



Setelah tunjuk kan sama mama dan bapa, aku pun balik ke rumah. Ha, di rumah ada satu masalah lagi. Di mana mahu parking kereta ni? Beberapa minggu sebelum, kami dimaklumkan di kawasan perumahan kami tu, ada kecurian kereta. Kereta tu, kereta 4WD juga. Oleh itu, awal pagi suamiku sudah bersiap-siap menyusun rak-rak kasut agar kereta besar ni dapat masuk ke ruang letak kereta di dalam rumah kami yang kiut tu. Ha, ambik kau, lebih besar kereta dari rumah kan. hehe ngam ngam saja kereta tu di tempat parking.


Ok lah, dengan adanya kereta baru ku ini, di harap akan bertambah lagi rezeki kami. Mudah-mudahan akan dapat membantu dalam perniagaan koperasi kami juga. Terima kasih semua.... Alhamdulillah, aku bersyukur di atas rezeki mu.



Tuesday 8 October 2013

Nombor 4D

Nombor melambangkan apa?

Kadang-kadang nombor membawa erti dalam hidup kita kan. Lebih-lebih lagi nombor 4 digit. Sebab tu lah orang gila nombor 4D ni kan...hehe ada yang termimpi-mimpi, mengigau dan macam-macam lagi. Tetapi kengkadang, itu hanya nombor ba kan. Tiada bawa apa-apa erti. Bagi diriku, ada juga ba nombor-nombor yang penting dalam diari hidupku. Nombor-nombor yang membawa erti dalam hidup ku: 

4255 : kereta pertama ku
5566 :  ic  ku
2002 : tarikh lahir ku
2711 : tarikh nikah
5643 : ic hubby
0514 : nombor kerja hubby
0312 : birthday hubby
6971 : tahun birthday kami
4940 : kereta sekarang
0711 : tarikh untuk buat mammogram .... ha jangan lupa
1811 : tarikh next review appointmnet di hospital likas
0366 : hp hubby
1371 : my hp
1271 : hp mama
8582 : hp bapa

dan yang terbaru, ingatkan boleh lah dapat nombor ni.....2098 : tapi tidak dapat juga nombor ni. :-( Susah juga mahu dapat nombor yg bagus kan. Beberapa nombor telah kami pilih untuk pendaftaran nombor kereta baru kami. tetapi sehingga kini belum berjaya lagi. Beberapa nombor lain, yang telah kami cuba dapatkan seperti 2048, 2056, 2071 tetapi tidak berjaya sebab sudah limpas. Terpaksa tunggu dengan penuh kesabaran ni, nombor yang akan kena.  

Haha 2356....nombor 4D terbaru aku.  amacam cantik ndak.... Selamat.

Monday 7 October 2013

Saman

Pernah kena saman? Samada saman trafik ka atau saman JPJ ka atau saman DBKK. Hehehe saya semua sudah pernah rasa. Saman polis trafik ka, JPJ ka atau pun DBKK.

Saya selalu balik kampung suami di Kudat, sudah beberapa kali kena saman. Selalunya kalau jalan jauh ni, samannya ialah kerana tiada lampu brek atau tiada lesen memandu. Jangan heran, selalunya orang yang campin bawa kereta ni, tiada lesen memandu. Entah lah kenapa. Tapi kengkadang begitulah. Kalau setakat polis trafik di kawasan Kota marudu atau Kudat, boleh lagi runding-runding kalau kena saman. Sebab, selalunya suami kenal diaorang tu. Tetapi kalau JPJ yang saman, hehe tiada ampun. 

Kalau di kawasan KK ni, kalau ndak pakai tali pinggang keleder, boleh kena saman juga. Pernah aku terlupa mahu pakai tali pinggang keledar. Suamiku pulak di sebelah penumpang, memang pakai tali pinggang. Tetiba, datang polis trafik dari sebelah kanan suruh berhenti kereta. Panik jap. Rupa-rupanya aku terlupa pakai tali pinggang. Melayang lah duit pada hari tu bikin bayar saman. 

Kalau di dalam kawasan bandaraya KK pulak, jaga-jaga dengan DBKK. Jangan parking sembarangan. Pernah aku parking di tepi-tepi pembahagi jalan (memang bukan tempat parking lah). Aku parking mungkin tidak sampai dalam 10 minit sebab aku naik sekejap ke bangunan great eastern yang berhampiran. Apabila balik ja ke tempat tu, kereta sudah kena rantai. Terpaksa bayar RM20 on the spot untuk membuka rantai dan bayar saman lagi. hehe 

Pernah sekali lagi, kami hantar kereta untuk servis di Lok Kawi. Sementara tunggu kereta siap di baiki, kami mau balik ke rumah naik motosikal. Di tengah jalan, kena tahan JPJ. Sudahlah tiada lesen memandu, lesen motor pun tiada... kantoi betul. Terpaksalah terus bayar di JPJ supaya dapat diskaun sikit. Kalau ndak hmmm abis lah. Kalau kita kena saman, dan terus bayar pada hari tersebut juga, boleh dapat diskaun.

Begitulah kan kalau sudah di saman. Kalau betul kesalahan kita, janganlah kita mempertikaikan atau melawan pulak kalau sudah kena saman tu. Sebenarnya, ada satu kisah mengenai saman menyaman ni yang berlaku semasa kami ke tamu Putatan hari Sabtu yang lepas. Kereta yang kena saman tu, kereta Mercedes. (jenis lama lah, tapi faham-faham lah kalau kereta Mercedes kan). Sudah tentu orang yang membawa kereta tersebut berpelajaran, berpendidikan atau kalau tidak pun, faham lah mengenai peraturan jalan raya kan. Kesalahan dia, menghalang lalu lintas. Parking di tepi jalan raya. Kalau di kawasan tamu Putatan, janganlah parking di tepi-tepi jalan raya. Selalunya polis trafik rajin tu menyaman, walaupun hari Ahad. Jadi, disebabkan kena saman oleh polis trafik, pemandu kereta Mercedes tadi, tidak puas hati. Pemandu tersebut, marah-marah pulak dengan 3 orang polis trafik yang pada masa tersebut sedang berjalan di hadapan kereta kami menuju ke kereta mereka. Sudah salah sendiri, kenapa pulak mahu marah kan.... Bayar ja lah saman tu. Itu sebahagian dari zakat juga tu... hehe Polis trafik tu hanya menjalankan tugas mereka, janganlah marah-marah.

Kepada pemandu-pemandu di luar sana, berhati-hati membawa kenderaan dan sentiasalah mematuhi peraturan jalan raya kalau tidak mahu kena saman.     


Sunday 6 October 2013

Bengkel Penyediaan dan Penulisan Laporan

Minggu lepas, saya baru sahaja menghadiri bengkel di atas pada 23 - 24 September 2013 di Hotel Horizon, Kota Kinabalu. Ni pertama kali saya menghadiri kursus di tempat berkenaan. Boleh tahan juga hotel dia. Bengkel ini dianjurkan oleh Jabatan kami sendiri. Tetapi hanya 2 orang yang diberikan nama untuk menghadiri bengkel ini iaitu kawan sebilik saya Honey dan saya sendiri.

Hari pertama, kawan saya Honey, lambat sikit datang. Saya yang datang dalam jam 8 pun mendapati, meja-meja di belakang telah diduduki peserta. Maka, saya memilih meja yang paling hadapan sekali. Selepas itu Alijah pun duduk sesama kami di meja hadapan. Memandangkan kami hanya 3 orang sahaja, untuk aktiviti-aktivit seterusnya terpaksa kami bergabung dengan meja di belakang. Last-last kami pun join lah meja di belakang.

Penceramah memperkenalkan dirinya sebagai Steph. Aktiviti pertama ialah ice breaking atau mengenali antara satu dengan yang lain. Peserta diminta untuk memilih satu warna berdasarkan warna-warna yang terdapat dalam himpunan penceramah. Tiada warna yang menjadi minat saya, tetapi saya memilih biru hijau. Apa maksud warna tersebut? saya pun sudah lupa. Kalau saya dapatkan nota tu nanti saya upload ok. 

Kemudian penceramah menerangkan mengenai bagaimana untuk memulakan sesuatu laporan, masalah-masalah apabila menulis laporan.... dan sebagainya. Untuk menghilangkan keboringan kami, penceramah telah membuat satu aktiviti, iaitu membina bangunan menggunakan sekeping kertas. Kami dikehendaki berbincang di dalam kumpulan untuk menghasilkan bangunan tersebut. Bangunan yang tertinggi akan diberikan hadiah hamper yang mengandungi coklat, gula2 dan sebagainya. Di akhir permainan ini, dua kumpulan telah mencipta bangunan yang hampir sama tinggi. Jadi, kedua-dua telah menerima hadiah. salah satu kumpulan tersebut adalah kumpulan kami... yea... berkat idea kawan aku juga, aku dapat buat bangunan tu...

ni lah hadiah yg kami dapat....


Semasa bengkel ini, kami di ajar bagaimana cara-cara yang terbaik untuk membuat laporan. Kami menggunakan microsoft word dan excel. Kami juga di ajar untuk menggunakan carta dan jadual, serta susunan laporan. Kami telah diminta untuk membuat satu laporan yang ringkas. Saya telah membuat laporan mengenai Kota Kinabalu Wetlands. Di bawah ni, adalah rangka untuk membuat sesuatu laporan. Secara umumnya rangka ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis laporan.



Rangka untuk penulisan laporan adalah seperti berikut: 

1. Ringkasan Eksekutif
2. Pengenalan
  • Latar belakang 
  • Pernyataan Masalah 
  • Objektif Laporan 
  • Rasional 
  • Justifikasi 
3. Kandungan utama
  • Laporan prestasi 
  • Penggunaan sumber 
  • hasil 
  • Halangan 
 4. Penutup 
  • Rekomendasi 
  • Kesimpulan 
 5. Rujukan dan Lampiran

ok itu sahaja laporan mengenai bengkel yang telah saya ikuti. Harap, ianya bermanfaat untuk kawan-kawan di luar sana.

Di akhir kursus, semua peserta kursus dikehendaki memberi sedikit ucapan.... Sekian, terima kasih.